Khamis, 22 Mac 2012


Assalamualaikum

ucapan syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH yang menciptakan kita kerana nikmatNYA mengizinkan kita menghirup udara segar lantas terus berusaha membina impian dan nafas baru melaksanakan tanggungjawab kita di muka bumi ini, Alhamdulillah. pernahkah anda mendenggar pelbagai cerita-cerita pelik mengenai individu yang disihir atau anda sendiri mengalaminya? antaranya yang menyebabkan:

-"Doktor-doktor tidak dapat mengenalpasti punca medikal penyakit dengan yakin. Doktor-doktor mula menyebut mengenai ”penyakit ganjil”.

-Letih mencari perawat-perawat yang ”power-power”, yang dapat memberi rawatan yang berkesan supaya mereka dapat sedikit ketenangan.

-Keliru dengan pelbagai pandangan perawat-perawat yang berbeza-beza dan adakala bertentangan."

ayuh kita mula untuk merawat diri sendiri dengan ubat yang paling mujarab iaitu doa yang diajarkan nabi s.a.w.

sesiapa yang membaca surah a-ikhlas, surah al-falaq, dan surah al-nas (surah 112, 113, 114) 3 kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang nescaya akan dipelihara dari segala sesuatu (masalah, kecelakaan dan terutamanya sihir)~riwayat at-tirmizi

bukan susah kan untuk kita beramal kebaikan, amalan yang pendek sedikit tetapi istiqamah. ayuh kita mulakan hari ini dengan amalan yang baik ini.

wassalam

Rabu, 21 Mac 2012

Keutamaan Bismillah dan kelebihannya

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulullah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

kredit : TazkirahPagi

AimToTheSkies - Biasakan dan amalkan membaca Bismillah sebelum melakukan sesuatu, banyak kebaikannya

Khamis, 22 September 2011

Terus Beku dan Kaku

Assalamualaikum, salam sobah yang indah. terlalu lama jari tidak mengetik "jadilah Hamba ALLAH yang sejati".

hanya 'sebuah permulaan' tapi langkah tetap masih beku dengan permulaan yang tidak pernah berkesudahan.

Syawal masih berbaki tidak kurang dari seminggu lagi, Ramadhan semakin jauh meninggalkan, tapi persoalan terus melingkari setiap lingkup jiwa hamba 'adakah ramadhan yang berlalu, memberikan kesan terhadap sebuah kehidupan, atau sekadar satu adat yang datang dan pergi tanpa terkesan sedikitpun terhadap umat manusia?

Ya, ia soalan yang wajib aku jawab dalam diri termasuk seluruh insan lain, dengan sebuah muhasabah yang tinggi dan tangisan yang penuh penyesalan, sekiranya Ramadhan yang berlalu langsung tidak mengubah imej diri kepada yang lebih baik dan membawa paradigma transformasi kepada perubahan diri, keluarga, masyarakat dan daulah. malah, suasana masyarakat masih terus statik bahkan bertambah kepada sebaliknya iaitu penuh kemungkaran dan kekejian.

Ramadhan telah pergi, tetapi imej manusia masih terus sama, buruk dan jahat, tiada kesedaran, lupa untuk mengambil ibrah kubra dalam madrasah Ramadhan.
Sekian.

Jumaat, 30 April 2010

Sebuah Permulaan..

Bismillahirrahmanirrahim....

ALHAMDULILLAH..satu permulaan, satu harapan, dan satu cita2 menuju MARDHOTILLAH.p
Demi PENA dan apa yang mereka TULIS (Alqalam:1)

betapa hebatnya kuasa sebuah penulisan, ia dianalogikan sebagai lisan tanpa kata-kata tapi membentuk rasa ajaib,
bahkan ia mampu memberi kesan luar biasa melebihi segala-gala..

dari penulisan, manusia dapat mengenali seseorang,
daripadanya ia mampu merubah undang-undang,
dari penulisan karya manusia kenal sejarah silam..

Pena bagai PEDANG yang tajam menghunus, menggegarkan pentas ilmu dalam menyebarkan KEBENARAN dan MENZAHIRKAN KEBATILAN,
lantas apa lagi yang harus dinanti, termenung memerhati tanpa tindakan yang pasti, berfikir menyoroti setiap bait yang mungkin dan bakal tertulis, tapi tidak juga menulis..

ayuh apa tunggu lagi.p
(semoga sebuah permulaan ini memberi manfaat untuk kebahagiaan dunia dan kejayaan ukhrawi)