Selasa, 3 April 2012

Cinta suci “Bint Adnan”


BAB 1:

Cinta “Bint Adnan

“Bint Adnan” bermaksud puteri Adnan. Jadi, mana-mana anak-anak perempuan, gadis dan wanita yang ayah mereka bernama Adnan bolehlah dipanggil “bint Adnan”.

Nanti dulu!. Sebenarnya bukan itu yang ustaz maksudkan. Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Cubalah anda renung dan teka apakah maksud “bint adnan” yang dikehendaki.

Dah jumpa?

Belum lagi...fikir dulu.

Oh Ya! terima kaseh kerana mencuba dan berfikir. Syukran Jazilan

Sebenarnya frasa “Bint Adnan” di dalam bahasa Arab adalah kinayah (kiasan) yang bermakna bahasa Arab itu sendiri. Adnan adalah nama seorang moyang terawal kepada bangsa Arab, malah beliau juga merupakan moyang Nabi kita Muhammad s.a.w. Justeru, apabila disebut “Bint Adnan” maka ia merujuk kepada bahasa yang dipertuturkan oleh keturunan Adnan iaitulah bahasa Arab.

Cinta pula apakah maksudnya?.

Aduh! soalan cepumas ni...

dan boleh jadi juga soalan ini gila serta menggilakan. GILA CINTA!

Rasa-rasanya semua orang tentu tahu tentang cinta apatah lagi orang muda seperti anda.

Betul tak?

Nanti...nanti...nanti, jangan jawab lagi ya.

Tolonglah jawab seperti Ipin.

Ok, sekarang mari kita jawab bersama. Betul...betul...betul.

Prof. HAMKA –semoga Allah merahmati beliau- pernah menyatakan bahawa cinta itu adalah indah dan anugerah. Ia umpama air hujan yang menyimbah. Jika membanjiri tanah kontang merekah, nescaya akan tumbuhlah pohon berduri tidak berbuah. Tapi kalau ia menyirami tanah subur barakah, nescaya akan tumbuhnya pohon berbuah yang lazat dimamah.

Agak-agaknya, anda faham apa yang difalsafahkan oleh Prof.Hamka tentang cinta seperti yang dinyatakan di atas.

InsyaAllah faham.

Kalau tak faham pun tetap faham juga…

kerana kita faham bahawa kita tidak faham…jadi, kita akan berusaha untuk faham.

Apa yang ustaz faham dengan falsafah cinta Prof. HAMKA ialah cinta itu adalah kurniaan Allah s.w.t. sebab itulah ia indah kerana diciptakan dari tuhan yang Maha Indah. Ia juga satu anugerah kerana dikurniakan dari Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Cuma masalahnya...kalau ia jatuh pada hati kotor bernafsu serakah, maka busuk dan jijiklah cinta tersebut. Tetapi kalau ia jatuh pada hati yang bersih bersuluh iman, maka mulia dan quduslah cinta tersebut.

Izan! pokok pangkalnya adalah hati yang memberi dan menerima cinta.

Amacam! harap jelas ya .

Baiklah! ustaz ingin memberi cinta dan sangat berharap agar anda dapat menerima cinta ini. Boleh ke!

Aik! lain macam je bunyi, bahaya betul!.

Cinta yang ingin ustaz berikan ialah “cinta bint Adnan”. Ustaz merayu agar anda mencintai bahasa Arab sepenuh hati semutlak jiwa. Cinta ini adalah halal malah menjadi ibadah.

Bukankah bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran.

Anda kata anda cintakan Al-Quran dan menjunjung tinggi kitab suci ini, tetapi kenapa anda tidak mencintai bahasanya dan mempelajarinya sesungguh hati. Pelik kan?

Antara syurga dan neraka apa yang kita pilih?.

Tentu sekali syurga kan.

Alhamdulillah anda pilih syurga dan InsyaAllah kita semua akan memasukinya.

Bahasa Arab adalah bahasa syurga dan Ustaz sekali lagi merayu agar anda mencintai bahasa ini kerana ia membawa anda ke syurga.

Kalau anda kata anda ingin memasuki syurga tetapi anda tidak mencintai bahasa Arab.

Maka ia sangat kontradiksi sekali. Betulkah anda ingin memasuki syurga?.

Emm.. ya! ustaz rasa jiwa dan minda anda sedang bergolak dan berborak. Mungkin anda sedang bermonolog dengan diri sendiri tentang hal ini.

Boleh jadi anda berkata bahawa saya tidak mencintai bahasa Arab bukan kerana saya tidak memuliakan Al-Quran dan tidak mahu masuk syurga TETAPI kerana bahasa Arab itu sendiri susah dan sangat sukar dipelajari.

Belajar Nahu dan Soraf bertahun-tahun lamanya tapi tak faham-faham gak.

Memang bahasa Arab payah…payah…payah

Betul tak tekaan dan jebakan ustaz ni? Boleh agak kan.

Kalau begitu keadaanya, kita tinggalkan dulu bab “cinta bint Adnan” ni.

Lupakan seketika, cinta tidak boleh dipaksa.

Biarlah ia datang sendiri, menyelinap ke dalam jiwa anda “softly and slowly”.

Mari kita tangani dahulu masalah susahnya bahasa Arab.

Betul ka bahasa Arab itu susah?.

Bagaimana pula bahasa-bahasa lain, adakah Bahasa Inggeris, Cina, Tamil lebih senang daripada bahasa Arab?.

Di mana yang susahnya bahasa Arab tu?.

Kalau bahasa Arab betul-betul susah kenapa pula Allah s.w.t. turunkan Al-Quran dalam bahasa Arab?,

nak menyusahkan kita je.

Lebih baik Al-Quran diturunkan dalam bahasa Inggeris...mudah kan.

Eh banyak pula ustaz tanya.

Sorry la kerana menyusahkan.

Tak jawab soalan-soalan ustaz pun tak pa, tapi tolonglah dengar penjelasan ustaz dahulu.

Ustaz bukanlah doktor cinta apatah lagi menjadi seorang pemburu cinta.He..he..

Namun, ustaz adalah doktor dalam bidang pengajian dan pembelajaran bahasa Arab dengan izin dan rahmat Allah.

So! kamu boleh percaya dan yakin dengan pandangan ustaz. Harap-harap begitulah.

Walaubagaimanapun kamu bebas membuat keputusan.

Bagi ustaz bahasa Arab bukanlah bahasa yang susah, sebaliknya bahasa Arab adalah bahasa yang INDAH... bahasa yang INDAH... bahasa yang INDAH.

Hujah yang pertama; Al-Quran diturunkan dalam bahasa Al-Quran dan Allah menyatakan dalam firmanNya yang bermaksud “Sesungguhnya Kami yakni Allah telah memudahkan Al-Quran untuk diingati, maka adakah sesiapa yang ingin mengambil iktibar?”. Dalam ayat ini, apabila Allah mengatakan Al-Quran telah dipermudahkan untuk diingati, sekaligus bermakna bahasanya juga telah dipermudahkan untuk dipelajari.

Takkan Allah menurunkan Al-Quran dengan bahasa yang susah dipelajari sedangkan Al-Quran adalah rahmat kepada sekalian alam.

Jawapannya ialah bahasa Arab tidak susah sebaliknya ia adalah bahasa yang indah sebagaimana indahnya Al-Quran.

Hujah yang kedua; bahasa Arab adalah bahasa syurga sedangkan di dalam syurga terdapat segala kenikmatan dan keindahan. Jadi mustahillah bahasa Arab itu susah kerana ia menyalahi tabiat kehidupan dalam syurga. Bahasa Arab itu indah seperti indahnya syurga.

Hujah yang ketiga pula; nama-nama kita orang Melayu kebanyakannya kalaupun tidak semuanya adalah nama-nama yang mempunyai makna-makna yang baik dalam bahasa Arab. Ini menunjukkan bahasa Arab berakar umbi dalam kehidupan kita.

Tidakkah apabila kita mengatakan bahasa Arab itu susah bermakna kita mengatakan nama-nama kita juga susah.

Ai ya! kena tukar nama la.

Tidak! bahasa Arab itu indah seperti indahnya nama-nama kita.

Hujah yang keempat... banyaknya hujah...ya! sampai anda semua puas hati.

Tidakkah kita dapati bahawa bahasa Melayu kita sendiri mempunyai puluhan, ratusan malah ribuan perkataan bahasa Arab.

Contohnya imam, makmum, solat, tarikh, kerusi, umat, rakaat, ...lagi?

Arnab, haji, umrah, amanah, ikhlas, sabar, takwa, islam, iman...lagi?

Lagi ya, zohor, asar, maghrib, isya’, subuh, isnin, selasa, rabu,khamis, jumaat, sabtu, ahad...cukup tak?

Tak larat nak menaip. Anda tambah sendiri la.

Ustaz yakin banyak sungguh perkataan bahasa Arab yang dimelayukan.

Oleh itu, Kalau anda katakan bahasa Arab itu susah bermakna bahasa Melayu juga susah.

La! bahasa Arab itu indah sebagaimana indahnya bahasa Melayu kita.

Hujah kelima; siapa yang suka sangat kata bahasa Arab ni susah.

jaja kesana dan kemari sampai ke kutub utara hatta ke bulan pun dikatakan bahasa Arab tu susah betul.

Percayalah sama ustaz sebenarnya itu adalah dakyah Yahudi yang mengagendakan perkara ini secara terancang agar umat Islam mempunyai persepsi salah terhadap bahasa Arab. Lalu mereka jauh daripada Al-Quran dan ilmu-ilmu Islam.

Ayuh! kita lawan dakyah mereka dengan mengatakan bahawa bahasa Arab itu indah bukannya susah.

Hujah yang keenam; ada orang mengatakan bahasa Arab itu susah manakala bahasa Inggeris pula senang.

Pada pandangan ustaz kalau bercakap tentang susah maka semua perkara susah. ini adalah fitrah dunia atau peraturan alam. Allah telah menetapkan dalam firmannya “Sesungguhnya sesudah kesusahan itu menyusul kesenangan”.

Semua perkara susah. Nak hidup pun susah, nak mati pun susah, kata Apek dalam filem Madu Tiga.

Betul la tu.

Ini adalah ujian dan cabaran.

Belajar itu sendiri susah tak kiralah belajar apa; bahasa Arab atau bahasa lain.

Fahamilah bahawa bahasa Arab itu sendiri tidak susah sebaliknya indah Cuma proses mempelajarinya itu ustaz akui ada susahnya tetapi ia lumrah kehidupan.

Hujah ketujuh dan terakhir.

Kita mengatakan bahasa Arab itu susah tetapi tahu tak kita apakah sebab-sebab dan punca-puncanya.

Cuba anda selidik dengan teliti dan ikhlas hati, nescaya anda dapati puncanya bukanlah terletak pada bahasa Arab sebaliknya pada faktor-faktor luaran terutamanya teknik belajar dan kaedah mengajar.

Janganlah anda memangsakan bahasa Arab disebabkan anda mendapat guru bahasa Arab yang garang dan panas baran.

Biasalah kita selalu menyalahkan orang lain daripada diri sendiri.

Apakah wajar seorang penari menyalahkan lantai apabila tariannya pincang disebabkan dia kurang berlatih?.

Nampaknya ustaz telah memenatkan anda dengan isu ini.

Maaf sebanyak bintang di langit.

Niat ustaz hanyalah satu agar anda boleh membetulkan semula persepsi anda terhadap bahasa Arab.

Ia bukannya bahasa yang susah sebaliknya ia adalah bahasa yang indah. Saat itu, anda akan merasakan bahawa benih minat terhadap bahasa Arab akan timbul dan kembang mekar dalam jiwa dan minda. Hanya yang perlu anda lakukaan ialah semarakkan minat tersebut, akhirnya ia bertukar menjadi cinta. Cinta bint Adnan.

Ustaz optimis malah sangat yakin anda pasti dapat memiliki cinta bint Adnan, Insyaallah.

Sama-samalah kita berdoa ya...agar cinta bint Adnan tiba di ufuk minda dan menyapa laman jiwa kita semua. Amin ya Rabbal Alamin.

nukilan Abu Hanan bin Desa.