Khamis, 22 Mac 2012


Assalamualaikum

ucapan syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH yang menciptakan kita kerana nikmatNYA mengizinkan kita menghirup udara segar lantas terus berusaha membina impian dan nafas baru melaksanakan tanggungjawab kita di muka bumi ini, Alhamdulillah. pernahkah anda mendenggar pelbagai cerita-cerita pelik mengenai individu yang disihir atau anda sendiri mengalaminya? antaranya yang menyebabkan:

-"Doktor-doktor tidak dapat mengenalpasti punca medikal penyakit dengan yakin. Doktor-doktor mula menyebut mengenai ”penyakit ganjil”.

-Letih mencari perawat-perawat yang ”power-power”, yang dapat memberi rawatan yang berkesan supaya mereka dapat sedikit ketenangan.

-Keliru dengan pelbagai pandangan perawat-perawat yang berbeza-beza dan adakala bertentangan."

ayuh kita mula untuk merawat diri sendiri dengan ubat yang paling mujarab iaitu doa yang diajarkan nabi s.a.w.

sesiapa yang membaca surah a-ikhlas, surah al-falaq, dan surah al-nas (surah 112, 113, 114) 3 kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang nescaya akan dipelihara dari segala sesuatu (masalah, kecelakaan dan terutamanya sihir)~riwayat at-tirmizi

bukan susah kan untuk kita beramal kebaikan, amalan yang pendek sedikit tetapi istiqamah. ayuh kita mulakan hari ini dengan amalan yang baik ini.

wassalam