Assalamualaikum, salam sobah yang indah. terlalu lama jari tidak mengetik "jadilah Hamba ALLAH yang sejati".
hanya 'sebuah permulaan' tapi langkah tetap masih beku dengan permulaan yang tidak pernah berkesudahan.
Syawal masih berbaki tidak kurang dari seminggu lagi, Ramadhan semakin jauh meninggalkan, tapi persoalan terus melingkari setiap lingkup jiwa hamba 'adakah ramadhan yang berlalu, memberikan kesan terhadap sebuah kehidupan, atau sekadar satu adat yang datang dan pergi tanpa terkesan sedikitpun terhadap umat manusia?
Ya, ia soalan yang wajib aku jawab dalam diri termasuk seluruh insan lain, dengan sebuah muhasabah yang tinggi dan tangisan yang penuh penyesalan, sekiranya Ramadhan yang berlalu langsung tidak mengubah imej diri kepada yang lebih baik dan membawa paradigma transformasi kepada perubahan diri, keluarga, masyarakat dan daulah. malah, suasana masyarakat masih terus statik bahkan bertambah kepada sebaliknya iaitu penuh kemungkaran dan kekejian.
Ramadhan telah pergi, tetapi imej manusia masih terus sama, buruk dan jahat, tiada kesedaran, lupa untuk mengambil ibrah kubra dalam madrasah Ramadhan.
Sekian.